<< Selamat Datang ke Laman BLOG Masjid Ar Raudhah, Pekan Tanjong Karang | semuga anda beroleh sesuatu dari laman ini >>
Jadual Kuliah Mingguan Bulan Mac 2011/1432H Masjid Ar Raudhah akan diupdate kemudian harap maaf - admin Ar Raudhah

Tuesday, 28 June 2011

Majlis Tahlil

Majlis Tahlil Sepanjang Ramadhan 1432H / 2011M
Masjid Ar-Raudhah Tanjong Karang akan mengadakan doa tahlil selepas solat taraweh sepanjang bulan Ramadhan tahun ini (1432H / 2011M). Sehubungan dengan ini pihak masjid mengalu-alukan penyertaan tuan / puan, muslimin / muslimat yang berhajat untuk mengirim doa kepada arwah-arwah keluarga serta sumbangan kepada pihak masjid dengan mengisi borang yang boleh didapati dari AJK Masjid.

Program ini terbuka kepada muslimin dan muslimat. Yuran penyertaan untuk program ini sebanyak RM 50 (untuk lima penama) atau satu borang. 


Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
1. En. Arifin Malek (0173435597)
2. Hj. Muhd Shahri bin Mohd Sahli (0129035627)
3. Hj. Dasuki bin Salimin (0192533059)

Monday, 27 June 2011

Logo Masjid Ar Raudhah

Logo Masjid

Hebahan ceramah Israk Mikraj

Ceramah sempena Israk Mikraj
Ajk Masjid Lama Sg Gulang Gulang telah merancang untuk menganjurkan sambutan Israk dan Mikraj dengan mengundang tokoh agama yang tidak asing iaitu Dato' Abu Hassan Din Al Hafiz. Majlis dijangka akan dimulakan selepas solat maghrib, sehubungan dengan itu masyarakat sekitar dijemput untuk menghadirinya.


Wednesday, 4 May 2011

Hari Ibu persoalannya

Kepada umat islam yang menyambut hari ibu dan bapa 
Salam kepada saudara pembaca yang budiman ini hasil carian menerusi pembacaan di internet yang saya rasa perlu disebarkan kepada umat islam mengenai dua sambutan yang telah seakan diterima sebagai sesuatu yang berasal dari islam

Kepada mereka yang berhujah membolehkan sambutan hari ibu dan bapa. Memang secara logiknya amat baik kerana mengingat jasa-jasa insan bernama ibu dan nampak bersesuaian dengan islam. Ingatlah saudara pada sebarang tindakan bila sesuatu itu (baik dari logik akal dan budaya) berhadapan dengan syarak, maka kita kena patuh dan tunduk pada syarak. Tiada sambutan hari ibu /bapa yang diajarkan oleh Junjungan kita Nabi Besar Muhammad SAW.

Sila renungkan perenggan yang berikut dan buatlah penilaian sendiri… semuga Allah memberi perlindungan kepada kita semua. Ada beberapa versi sambutan hari ibu - ada yang menyambut pada bulan Mac, Mei dan Disember. Sebahagian besar masyarakat dunia menyambut hari ibu termasuk negara kita pada bulan Mei.

Ini cerita disebalik tarikh sambutan hari ibu…

Hari Ibu versi kini yang diraikan pada setiap Ahad kedua bulan Mei ialah hasil kempen Anna M Jarvis dari Philadelphia pada 1907 supaya Hari Ibu menjadi sambutan nasional sempena ulang tahun kematian ibunya. Inspirasinya timbul dari mendiang ibunya, aktivis yang pernah mengadakan perhimpunan Mothers Friendship Day untuk mempersatukan pihak-pihak yang bermusuhan selepas Perang Saudara (Civil War) di bawah simbol ibu.

Sambutan Hari Bapa pada setiap Ahad ketiga bulan Jun pula ialah hasil kempen Sonora Smart Dodd dari Washington pada 1909 sempena ulang tahun kematian bapanya. Idea untuk menyambut Hari Bapa timbul semasa menyambut Hari Ibu apabila memperingati jasa bapanya membesarkan anak-anak sebagai duda.

Di sini jelaslah bahawa kebudayaan meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa dicedok dari pandangan hidup yang 180 darjah berpaling daripada Islam. Ukuran ikutan umat ketika ini berdasarkan kepada sekeliling dan logik akal yang telah ditanamkan oleh kaum penjajah yang tidak mahu melihat Islam bangkit semula. Umat ditidurkan dengan ubat bius (kebudayaan kuffar) yang terang lagi bersuluh diambil dan dialih bahasakan kepada kebudayaan Islam.

Sama-sama kita renungkan.

Tuesday, 19 April 2011

Gambaran Hari Kiamat


Gambaran Hari Kiamat

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali kedua, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a- Pemimpin yang adil.
b- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Friday, 1 April 2011

Al Baqarah sambungan (23-24)


| Ust Nasir Ismail | Tafsir Ibnu Kathir | Al Baqarah sam (23-24) | 11.47MB |
| Surau At Taqwa Tmn Desa Mawar | 26 R'Akhir 1432 | Download mp3 |

Sunday, 27 March 2011

Zaman umat Nabi Muhammad

Dunia Akhir Zaman Part 2
| Untuk saudaraku | sila download untuk maklumat lanjut | file dalam format avi | 20.98MB | buka fail yang telah didownload mengunakan windows media player atau winamp | semuga bermanfaat |
http://www.mediafire.com/?mze87ra7s35uyom
Segala kandungan di dalam video ini melainkan ayat Al-Quran dan Hadis, boleh jadi benar atau tidak.