Pelbagai acara menarik telah disediakan oleh pihak penganjur untuk orang ramai menyertainya. Program yang julung-julung kalinya diadakan ini akan berlangsung di tiga lokasi yang berbeza iaitu Masjid Ar-Raudhah Tanjong Karang, Padang Futsal Batu 6 dan Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang, Kata Setiausaha Jawatankuasa Induk Program Karnival, Mohd Faizal Mohd Barja. Beliau yang juga Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) berkata, diantara abjektif program karnival tersebut diadakan ialah untuk memperkenalkan produk-produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) penduduk tempatan kepada orang ramai selain itu ia akan dapat meningkatkan ekonomi penduduk tempatan.
Pada hari jumaat petang program yang akan diadakan ialah seperti Bertandingan Azan dan Tulisan jawi, selain itu ialah pertandingan memasak dan gubahan bunga. Manakala pada waktu malamnya akan diadakan forum perdana ehwal Islam yang akan membariskan ahli panel seperti, Ustaz Haslin Baharin (pendakwah bebas), Ustaz Kamil Sidek (Perunding motivasi) dan bekas vokalis kumpulan Wing, Mel. Forum tersebut akan dipengerusikan oleh Ustaz Fauzi Mustafa.
Manakala pada keesokkan harinya pula akan diadakan di perlawanan Futsal di Padang Futsal Batu 6 selama sehari. Manakala acara yang akan berlangsung di Masjid Ar-Raudhah pula ialah, Mini Marathon, Sukan Kanak-kanak, Rawatan Kesihatan Percuma dan Rawatan perubatan Alternatif.
Sementara itu, di Dewan Dato’ Hormat pula akan diadakan beberapa program antaranya ialah Persembahan Band dari Islamic GIGS, pertunjukkan motorshow-retro / superbike.
Selain itu, pameran daripada agensi-agensi kerajaan negeri akan turut diadakan di Dewan Dato’ Hormat antaranya ialah Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan sebagainya. Gerai jualan juga turut dibuka ditempat berkenaan sepanjang hari.
Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan program berkenaan.
disunting dari sg. burung wp